Pages

Hebat Mana Cinta Sihir?

  
   HEBAT! amat hebat,..sehingga dengan bantuan sihir pun anda mampu berkhawin dengan si idaman hati. Percaya tidak? percayalah.. kerana benda-benda seperti guna-guna atau 'pugai' niey bukannya benda baru. Sejak dari zaman nenek moyang kita pun suda diamalkan, soalnya dizaman serba canggih niey,..masih ada lagi ke orang percaya benda-benda kurafat spesis niey? ADA!..dan sememangnya benda- benda begini masih glamer dikalangan orang-orang yang cetek pemikirannya. Nak dikata banggang,..err sekolah tinggi jugak. Nak dikata sebab rupa jelek,..ehh orangnya cun juga yaa. Jadi, apa tujuannya sehingga tergamak bersekongkol dengan syaitan semata-mata tuk' puaskan nafsunya? Sampai bila sampai mana semua ini mampu bertahan ? Jeng3!

   Persepsi aku laa,..orang begini sebenarnya dia tidak yakin dengan diri sendiri. Pakej cukup babe,..lawa, sekolah tinggi tapi alih-alih rumah auntie bomoh jugak diketuk. Kenapa sampai begitu banggang.. sebab orang begini dia tidak nampak lagi ada jalan lain, malah dia tidak sedar lagi wujudnya Tuhan tempat mengadu dan memohon. Sihir adalah jalan singkat terbaek yg kepalanya boleh fikir sebab otaknya suda berpindah ke lutut! wadehel!

   Benda niey sebenarnya jadi pada teman baik aku. Kerana kami terlalu rapat, gfnya amek jalan singkat sakitkan aku agar aku jauhinya. Ketika berubat, ustaz tersebut dapat mengesan teman aku juga 'tekena'. Kami berenggang untuk 5,6 bulan tapi setelah itu keadaan seperti sediakala,..pelikkan? sihir itu hanya bertahan utk beberapa bulan saja,..haha hebat sangat laa tu, tuii!.Perkara ini aku diamkan kerana tidak mahu mereka berantakkan..kerna dengar khabar merka akan bertunang. wooo, tahniah ya ppuan witch!

   Disini, aku share ngan korang beberapa petanda diguna-guna..cekidaut!

1. Cinta asmara yang terlalu berlebihan.
2. Keinginan yang keterlaluan padanya
3. Rasa cinta yang tidak dapat ditahan-tahan
4. Mabuk kepayang dan sentiasa ingin melihatnya.
5. Sentiasa TAAT kepadanya.


   Sebab berlakunya sihir guna-guna



 1. Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan dengan  pasangannya. 
 2. Perasaan cemburu yang berlebih-lebih. 

   Untuk elak disihir atau diguna-guna, amalkan doa niey


“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”


2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.



   Ketahuilah bahawa usaha memikat pasangan dengan bantuan bomoh segala niey hanya bertahan untuk 40hari pertama sahaja. Selepas itu dia akan beransur-ansur sedar dan kembali seperti sediakala. Jadi tiada gunanya anda membuang waktu, tenaga dan duit semata-mata untuk puaskan nafsu yang tidak kemana tu. Gunalah sikit fikiran yang waras tu,..Tuhan kan ada, mohonlah pada Tuhan segala yang kita inginkan.

   Jauhi perkara khurafat kerana anda hanya akan memurkakanNYA. Tiada ampun tahu untuk golongan yang mengamalkan perkara syirik dan khurafat melainkan taubat nasuha. Ingat okey, sepandai-pandai tupai melompat pandai jatuh juga dia ke tanah. Walau anda bijak macam mana sekalipun menyembunyikan kegiatan jijik anda, dengan izin Tuhan pasti ketahuan kelak.

   Semoga yang mengamalkan ilmu guna-guna ini akan mendapat balasan dan pengajaran dari Tuhan. amin. 

                                  Sihir guna-guna hanya kerja manusia banggang!
                                                                        bye.
                                                                      assalam.